• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Ganja Bernilai RM1.58 Juta

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis merampas 533 ketulan ganja mampat seberat 527.9 kilogram bernilai RM1.58 juta dalam operasi di sekitar kawasan Kuala Kedah dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dadah itu dipercayai dibawa dari negara jiran dan transit di Satun, Thailand sebelum diseludup masuk ke negara ini.

Beliau berkata dalam operasi bermula 6.20 pagi hingga 7.40 pagi itu polis turut menahan empat lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 33 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah ke negara ini.

“Dalam serbuan pertama, seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan ketika memandu kenderaannya ke Kuala Lumpur di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Kedah berdasarkan hasil risikan yang dibuat sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan suspek menemukan 533 ketulan ganja bernilai RM1.58 juta yang diletakkan di bahagian bonet kereta yang ditutup menggunakan kain bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.


​​​​​​​Beliau berkata dalam serbuan kedua kira-kira sejam kemudian, polis berjaya menahan tiga lelaki di sekitar muara Sungai Kuala Kedah yang dipercayai turut terlibat dalam sindiket sama.

“Mereka juga bekerja sebagai pemunggah dadah-dadah itu dari bot ke dalam kenderaan manakala hasil siasatan lanjut terhadap suspek pertama berumur 33 tahun yang ditangkap ini mendapati dia mendapat upah RM3,000 membawa bekalan dadah ini,” katanya.

Mohmad berkata bekalan dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan termasuk di Sabah dan Sarawak dan rampasan itu merupakan yang terbesar setakat tahun ini.

Katanya ketiga-tiga suspek didapati positif dadah dalam keputusan ujian saringan urin manakala suspek pertama berusia 33 tahun bebas bahan terlarang itu.

Beliau berkata kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohmad Sallehganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd