• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jalani Lima Fasa Persediaan Hadapi PRU14

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani lima fasa persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata latihan itu merangkumi situasi ketika penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Beliau berkata latihan dijangka akan bermula bulan depan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah dan negeri secara serentak.

“Walaupun kerajaan belum membuat pengumuman tarikh rasmi PRU, kami akan terus meningkatkan persediaan supaya PDRM berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Maka ia adalah perkara penting untuk membuat latihan termasuklah latihan ketenteraman awam sebelum dan selepas PRU,” katanya selepas hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada 9 Okt lepas, seramai 60,000 pegawai dan anggota PDRM selesai menjalani latihan persediaan bagi menghadapi PRU14.

Datuk Mazlan Lazim dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Amar Singh Ishar Singh yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Mazlan sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur manakala jawatan lamanya itu, kini diambil alih oleh Datuk Zainuddin Yaacop.

Mengulas mengenai pelantikannya, Mazlan berkata beliau bertekad menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang selamat daripada jenayah ragut, pengedaran dadah, perjudian, pelacuran dan lain-lain lagi.

Beliau berkata untuk peringkat permulaan, pihaknya akan merangka perancangan dan membuat operasi bersepadu bagi menangani jenayah berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zulkifli AbdullahPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd