• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Perluas Penggunaan SMART Lokap

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan memperluas penggunaan Sistem Lokap Pintar Teknologi Pelaporan Analitik Pemantauan Sendiri (SMART Lokap) ke beberapa lagi balai polis di seluruh negara mengikut keperluan dan lokasi balai terbabit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bagaimanapun penggunaan sistem itu juga bergantung kepada peruntukan yang akan disediakan kerajaan.

“Ketika ini sebanyak 57 lokap di kawasan Lembah Klang telah dipasang dengan SMART Lokap dan berjaya mengurangkan kejadian tidak diingini di lokap.

“Sistem ini yang lengkap dengan data keluar masuk tahanan juga banyak membantu dalam kawalan di lokap yang melibatkan tahanan agresif,” katanya kepada pemberita pada Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan 2017 (NICE’17) di Taman Teknologi Malaysia, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang hadir merasmikan NICE’17 turut berkesempatan melawat SMART Lokap di tapak pameran itu.

Noor Rashid berkata penggunaan SMART Lokap juga boleh mengurangkan penugasan ramai anggota untuk kawalan lokap, sekali gus membolehkan anggota terbabit dikerah untuk operasi di luar balai.

SMART Lokap membolehkan pemantauan secara automatik iaitu melalui Analitis Video, Internet Objek Pintar, Analisis Data Raya yang saling berhubung dalam setiap operasi.

Sistem itu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada April 2016 dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (MIMOS) dan input daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). – BERNAMA

Tags: Smart Lokap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petronas Bina Asrama Harian Untuk SK Balambangan

Next Post

Gaji Minimum Baharu Diumum Tahun Hadapan

Related Posts

No Content Available
Next Post

Gaji Minimum Baharu Diumum Tahun Hadapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd