• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lawat Rumah Putih Manfaatkan Washington, KL

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) dan Rumah Putih baru-baru ini terbukti telah memanfaatkan kedua-dua negara itu, kata seorang bekas pegawai presiden AS.

Ned Ryun, bekas penulis bagi Presiden George W. Bush, berkata hanya Presiden AS Donald Trump dan para penasihat dasar asingnya yang memahami tentang mustahaknya menjalinkan kerjasama dengan seorang pemimpin serantau yang berpengaruh dalam melaksanakan agenda strategik yang penting bagi AS dan Malaysia serta sekutu lain di rantau itu.

”Daripada berlemah lembut dengan diktator dan pengganas yang sekadar bercakap kosong di Rumah Putih, kami mempunyai satu pentadbiran yang sanggup bekerjasama dengan pemimpin yang sedia menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat, bagi mencapai kesepakatan yang saling memanfaatkan,” katanya dalam satu artikel yang disiarkan di American Greatness, satu daripada saluran media AS.

Artikel itu, yang bertajuk ‘Trump’s Malaysia gambit: Call it another win’, turut menampilkan gambar Najib dan Trump yang saling tersenyum di Rumah Putih pada 12 Sept lepas, semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia itu ke Washington DC.

Ryun berpendapat Pentadbiran Trump mempunyai dua matlamat dengan Malaysia iaitu memantapkan persahabatan Washington-Kuala Lumpur dan mengukuhkan lagi peranan penting yang boleh dimainkan Malaysia di rantau itu sebagai rakan strategik utama AS.

\”Najib datang ke Washington dengan harapan untuk memperkukuh perkongsian ekonomi dan strategik Malaysia dengan Amerika Syarikat, dan beliau pulang selepas mencapai matlamat berkenaan,” katanya.

Menurutnya lawatan Najib ke AS telah menghasilkan perniagaan dan pelaburan yang bernilai berbilion dolar dengan entiti AS.

Beliau menarik perhatian bahawa Trump dan Najib turut komited untuk mengusahakan perjanjian perdagangan yang dapat melonjakkan lagi ekonomi kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd