• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKBM Terus Kerjasama KBS Anjur LTDL 2018

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan kerjasama dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL 2018).

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali memberi jaminan memperuntukkan perbelanjaan mencukupi bagi membantu kelancaran penganjuran LTdL tahun depan.

Abu Samah yang mengetuai barisan Exco PKBM telah mengadakan mesyuarat khas bersama pihak KBS di Putrajaya pada minggu lepas mengenai perkara itu.

Mengenai syarikat pengendali perlumbaan LTdL Abu Samah berkata pihaknya belum bersedia mendedahkan nama syarikat terbabit tetapi mengakui ia tiada kaitan dengan pengendali LTdL 2017 iaitu Ciclista Sports Sdn Bhd.

“Keputusan tersebut (mengenai syarikat pengendali perlumbaan) telah dibincangkan dan diluluskan oleh anggota exco persatuan pada mesyuarat yang diadakan 23 September lalu.

PKBM telah bertemu dengan syarikat tersebut baru-baru ini. Saya telah memberi penjelasan dan justifikasi kenapa PKBM bersetuju untuk meneruskan jalinan kerjasama dengan KBS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

LTdL 2018 adalah sebuah kejohanan lumba basikal berstatus “hors classe” dalam kalendar tahunan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). – BERNAMA

Tags: Datuk Abu Samah Abd WahabPresiden PKBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Miliki Pusat Kecemerlangan BMX Asia Pada 2019

02/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal memiliki sebuah Pusat Kecemerlangan BMX Asia bernilai RM6.5 juta yang akan dibina di sebuah pusat...

PKBM Tawar Guaman Percuma Kepada Pelumba Para

11/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada semua pelumba berbasikal para negara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd