• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Pengguna Digesa Lebih Aktif & Lancar Kempen

oleh Ahmad Albab
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menasihatkan pengguna agar tidak menjadi mangsa pemerasan dan berada dalam keadaan terpaksa membeli atau melanggan kerana mereka tidak berdaya dan tiada pilihan dalam perkara itu.

“Pepatah ada menyebut: ‘consumers vote with their feet’. Dalam perkataan lain, jika mereka tidak mendapat tawaran terbaik, mereka boleh memilih tempat lain,” katanya menerusi catatan terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Sehubungan itu, beliau menggesa persatuan pengguna agar lebih aktif dan melancarkan kempen awam untuk menasihatkan pengguna apakah yang mereka harus lakukan untuk mendapatkan tawaran terbaik.

Beliau juga berkata lebih banyak undang-undang mengenai perlindungan pengguna perlu diwujudkan, seperti yang dilakukan di Eropah iaitu polisi pemulangan produk dalam tempoh 30 hari bagi pengguna yang tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli atau mendapati produk yang sama dijual dengan harga lebih murah di tempat lain.

“Sudah tiba masanya pengguna diberi kuasa dan tidak menjadi mangsa amalan perdagangan yang tidak adil. Pengguna bukan sahaja perlu mengetahui hak mereka, tetapi mesti berhati-hati dan lebih selektif sebelum membeli.

Beliau berkata pengguna perlu lebih berhati-hati, kerana kerajaan tidak dapat menyelesaikan semua masalah melalui undang-undang jika pembeli sendiri cuai dan tidak membuat pemilihan secara berhati-hati sebelum melakukan pembelian. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakpengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

11/09/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat yang amat tepat dan berpatutan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd