• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpaduan Negara Antara Cabaran Utama Capai TN50

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menggalakkan perpaduan lebih erat dalam kalangan rakyat Malaysia adalah satu daripada cabaran utama yang perlu diberi keutamaan dalam mencapai agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50), menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Untuk tujuan ini katanya, faktor-faktor yang perlu diberi perhatian adalah sistem pendidikan negara.

Sistem pada masa ini dipersetujui oleh kaum-kaum di negara ini apabila Malaysia memperoleh kemerdekaan berdekad dahulu, katanya, dan menambah kini ramai yang merasakan ia adalah penghalang kepada perpaduan negara.

“Hari ini kita ada sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan Cina dan India serta antarabangsa. Ia dipersetujui sebelum ini dan kita hormatinya. Mungkin, ia dapat dilaksanakan pada masa itu tetapi tidak pada masa ini,” katanya semasa dialog TN50 dengan eksekutif muda Touch ‘N Go di sini hari ini.

Khairy berkata isu perpaduan bukanlah sesuatu yang ketara seperti statistik dan kedudukan ekonomi yang boleh diukur atau dicapai dengan mudah.

“Ia melibatkan perasaan kebersamaan. Pada masa depan, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan dasar yang lebih baik dalam tempoh 30 tahun akan datang,” katanya.

Katanya Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai contoh negara berbilang kaum yang hidup bersama dalam suasana damai dan harmoni.

“Ini sesuatu yang perlu kita kekalkan dan terus perjuangkannya, perpaduan adalah identiti kita dan imej yang mentakrifkan Malaysia,” katanya dan menambah ini adalah satu daripada aspirasi popular yang disuarakan semasa sesi dialog TN50 yang diadakan setakat ini.

TN50, satu gagasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dasar futuristik yang dirumuskan untuk mencorak hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinTN50
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd