• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Titah Pantau Pergerakan Remaja

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini bertitah meminta semua pihak saling bekerjasama dalam memantau pergerakan golongan remaja bagi mengelak mereka terjerumus dalam gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah.

Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah demikian susulan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat dekat Kuala Lumpur bulan lepas yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

“Saya dan Sultan Ibrahim (Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar) berasa dukacita dengan peristiwa yang berlaku di negara kita baru-baru ini iaitu seramai 21 pelajar tahfiz dan dua guru di pusat tahfiz tersebut terkorban akibat kebakaran dipercayai angkara khianat.

“Satu perkara yang lebih menakutkan, ia merupakan perbuatan remaja bawah umur yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Saya menyeru semua pihak supaya saling bekerjasama dalam memantau pergerakan anak-anak muda remaja masa kini.

Mereka yang masih mentah amat mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang tidak bermoral ini,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UTM ke-59, di sini hari ini.

Dalam pada itu, baginda mencadangkan mahasiswa UTM supaya menjalankan aktiviti berfaedah bersama-sama pelajar sekolah menengah dan membantu mereka mengelak daripada terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah.

Raja Zarith Sofiah turut berharap UTM, sebagai sebuah pusat pendidikan dan penyelidikan bertaraf antarabangsa, dapat memainkan peranan dalam membantu menangani masalah sosial menerusi program-program khidmat masyarakat serta aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 394 graduan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana (906), sarjana muda (2,505), diploma (558) serta 1,039 ijazah sarjana muda dan diploma daripada program kerjasama UTM Space.

Pengerusi AMMB Holdings Bhd (Ambank Group) Tan Sri Azman Hashim turut dianugerahkan ljazah Kehormat Doktor Kepimpinan Pengurusan di atas sumbangan besar beliau kepada negara dan komuniti global. – BERNAMA

Tags: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih Banyak Pihak Diberi Peluang Buka KR1M 2.0

Next Post

Suami Sedih Isteri Maut Kemalangan Lepas Cuti Sakit

Related Posts

Permaisuri Johor Rasmi Wad Hematologi HSA

23/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Wad Hematologi (wad pesakit...

Permaisuri Johor Lancar Karya Terbaharu Zaini

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini berkenan melancarkan buku ‘Eco-Shift: Holistic Transformation Towards...

Next Post

Suami Sedih Isteri Maut Kemalangan Lepas Cuti Sakit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd