• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permainan Tekan Dada Diharam Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Permainan ‘pass out challenge’ atau mati lima saat diharamkan dimainkan pelajar di sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa serta merta agar tidak berlarutan.

“Pada saya ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan.

“Bagaimana jika pemain yang bermain benar-benar mati. Sebab itu kita perlu tegas dan ambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo Kelima di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai video yang tular yang menunjukkan pelajar asrama bermain pass out challenge dengan bergilir-gilir menekan dada rakan-rakan mereka.

Mahdzir berkata kementerian akan mengeluarkan arahan kepada guru hal ehwal murid dan warden asrama supaya tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermain permainan tersebut.

Sementara itu beliau berkata kementerian sedia menimbang saranan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (Perkama) supaya guru kaunseling atau kaunselor turut diwujudkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid kurang daripada 350 orang.

Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 11,000 jurukaunseling sepenuh masa yang berkhidmat di sekolah di seluruh negara dengan nisbah seorang kaunselor bagi setiap 500 pelajar.

“Setakat ini peranan mereka amat berkesan dalam membantu sekolah berdepan isu murid bermasalah dan untuk itu kita sedia mengambil maklum saranan yang dibuat Perkama,” katanya dan menambah ketika ini kaunselor hanya ditempatkan di sekolah yang mempunyai bilangan murid melebihi 350 orang.

Berhubung peranan kementerian ke atas pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah, Mahdzir berkata secara prosedur operasi standard, pelajar tersebut bukan lagi di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

“Sebelum pelajar dibuang sekolah, pelajar tersebut telah diberikan pelbagai peluang untuk berubah, melalui sesi kaunseling dan jika pelajar masih ditahap sama, buang sekolah adalah pilihan terakhir yang diambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd