• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Susun Semula Proton Boleh Pulih Projek Kereta ASEAN

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyusunan semula Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) akan menyaksikan pemulihan semula projek Kereta ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagi memastikan projek Kereta ASEAN itu menjadi kenyataan, Proton perlu mendapatkan persetujuan daripada semua negara ASEAN.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menyelia industri automotif di negara ini merancang memulakan perbincangan dengan anggota ASEAN bagi menjadikan projek itu dapat dilaksanakan.

“Ia satu konsep yang baik tetapi butiran terperinci perlu diusahakan. Ia memerlukan banyak kerjasama dan mesyuarat,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Khazanah Megatrends 2017 (KMF 2017) di sini, hari ini.

Beliau berkata antara isu yang perlu diselesaikan dengan anggota ASEAN lain termasuklah asal kandungan tempatan, vendor dan komponen.
Mustapa, bagaimanapun, yakin projek itu akan dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

“Lima tahun nampaknya munasabah untuk memulakan projek itu,” katanya.

Pada Februari 2015, Proton memeterai memorandum persefahaman dengan PT Adiputra Citra Lestari dari Indonesia untuk meluaskan lagi peluang perniagaan antara kedua-dua syarikat dalam membangun dan mengeluarkan Kereta ASEAN.

Projek itu, bagaimanapun, terbantut apabila Proton menjalani penyusunan semula dan Mustapa berkata: “Proton belum bersedia pada masa itu.”

Semalam (Ahad), semasa majlis karnival usahawan dan kerjaya, Mustapa berkata Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang baru dilantik Li Chunrong akan membantu menggerakkan pengeluar kereta nasional itu melangkah ke pasaran global. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedProton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd