• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Konsert Las Vegas Kaki Judi Tegar

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAS VEGAS – Penyerang Las Vegas, Stephen Craig Paddock, yang menyeludup masuk senjata ke dalam hotel dan melepaskan tembakan rambang kepada pengunjung konsert dari tingkap bilik hotel di tingkat 32, dikatakan seorang kaki judi tegar.

Bapanya pula pernah merompak bank dan disenaraikan antara individu paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Akauntan bersara berusia 64 tahun itu mempunyai rumah dengan teman wanitanya di lapangan golf di Mesquite, Nevada, 130 kilometer ke timur laut pusat perjudian Amerika Syarikat.

Dia dikatakan kerap menghantar biskut kepada ibunya yang berusia 90 tahun di Florida.

Menurut adik lelakinya, Eric Paddock, abangnya tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melakukan antara jenayah pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah AS.

Daesh mendakwa Paddock adalah antara ‘tenteranya’ yang memeluk Islam sejak beberapa bulan lalu dan melancarkan serangan atas nama Islam.

Ia memberikan nama Abu Abdel Bar al-Amriki kepada Paddock, bermakna ‘Si Amerika’.

Namun FBI berkata, mereka tidak nampak sebarang kaitan antara Paddock dengan pergerakan pengganas itu menyebabkan negara itu dalam kebingungan memahami motif kejadian malam kelmarin, yang meragut 59 nyawa dan lebih 500 lagi cedera.

Paddock ditemui mati, dipercayai membunuh diri, apabila pasukan SWAT menyerbu biliknya di Hotel Mandalay Bay, antara hotel terkemuka di Las Vegas. – AFP/BH ONLINE

Tags: kes tembakLas Vegas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd