• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Dakwa Bas Laju Sebelum Keluar Asap, Api

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Bas kilang yang rosak dan terlibat dalam kemalangan di Km147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini dikatakan dipandu laju sebelum asap dan api keluar daripada bahagian enjin kenderaan itu.

Seorang penumpang bas kilang itu Rafizah, 22, yang juga warga Indonesia berkata kebanyakan pekerja kilang di dalam bas itu tinggal di asrama yang disediakan majikan mereka Simpang Ampat, Sungai Bakap, dekat sini dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke kilang Sony di Perai.

“Saya tak tidur dan semasa dalam perjalanan bas memang dipandu laju…ada beberapa penumpang nampak asap keluar daripada bahagian enjin dan kami terus beritahu kepada pemandu bas tetapi dia masih terus memandu bas malah lebih laju.

“Asap itu makin banyak malah ada api turut keluar dari bahagian enjin, saya terus menjerit kepada pemandu dan dia berhenti di tepi jalan sebelah kiri sebelum tiba-tiba bas kami dilanggar daripada belakang,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, hari ini.

Beliau yang baru setahun bekerja di Malaysia berkata keadaan menjadi kelam kabut dan bas mereka ditolak sehingga ke tengah jalan dan ketika itu beberapa penumpang terpelanting keluar daripada bas berikutan rempuhan yang sangat kuat.

Rafizah yang duduk di bahagian tengah turut terpelanting hingga ke depan berkata ramai penumpang dalam bas itu menjerit dan menangis ketakutan.

Sementara itu, kakak seorang daripada mangsa kemalangan itu, Wirda, 36, berkata adiknya Rosa, 19, yang baru enam bulan bekerja di Pulau Pinang cedera parah pada kepala, belakang badan serta kaki.

Beliau yang tinggal di Pulau Pinang sejak enam tahun lepas dan berkahwin dengan rakyat tempatan, berkata beliau terus bergegas ke Hospital Seberang Jaya sebaik mengetahui mengenai kemalangan itu daripada rakan adiknya.

“Tapi hingga 11.30 pagi ini saya belum dapat berjumpa dan mengetahui keadaan Rosa kerana pihak hospital memaklumkan dia masih dirawat di bahagian kecemasan. Wakil dari kilang minta kami bertenang dan saya harap dia (Rosa) tidak parah dan dapat pulih.

“Sebelum ini saya juga telah beberapa kali pesan kepada Rosa supaya jangan tidur ketika dalam bas kilang kerana bimbang berlaku kemalangan dan tidak sempat buat apa-apa,” kata Wirda.

Kakak seorang lagi mangsa kemalangan, Aziah, 29, juga rakyat Indonesia, berkata hingga kini beliau belum mengetahui nasib adiknya Faridah, 20, yang turut terlibat dalam insiden itu.

“Saya ada tanya kawan dia yang sudah terima rawatan tapi mereka beritahu tidak tahu keadaan Faridah kerana tidak nampak di bahagian kecemasan. Semasa kejadian saya sedang bekerja di kilang Perai dan terus datang ke hospital untuk mengetahui apa yang terjadi,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd