• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda MCA Seru Orang Muda Ceburi Pertanian

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemuda MCA hari ini menyeru anak muda agar menceburi bidang pertanian yang mampu memberi pulangan lumayan selain membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Ketuanya Datuk Chong Sin Woon berkata sayap itu menerusi Koperasi Petani Muda Malaysia (KPMM) sedia membantu dari segi memberi bimbingan kepada golongan muda yang berminat menyertai bidang itu.

“KPMM bersiap sedia untuk memberikan panduan bagaimana untuk bermula, apakah jenis tanaman yang sesuai dan di mana pasarannya.

“Ini juga antara cara untuk bantu pelbagaikan pendapatan orang-orang muda atau orang kampung yang sebenarnya boleh menggunakan tanah-tanah yang tidak digunakan melalui panduan-panduan daripada KPMM ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Urban Farm Afritech di sini, hari ini.

Selain itu katanya terdapat pelbagai teknologi dan kaedah pertanian terkini seperti hidroponik yang boleh dimanfaatkan oleh petani muda.

“Pertanian sekarang tidak semestinya hendak melihat jenis tanah sebab dengan tanaman hidroponik kita menggunakan air sahaja,” katanya.

Beliau memberi contoh kaedah kitaran air yang menggunakan air dari tangki ternakan ikan untuk tujuan penanaman sayur-sayuran.

Pada masa sama beliau berkata petani muda juga harus memanfaatkan kursus-kursus yang ditawarkan agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan ilmu pertanian mereka berbanding sekadar belajar daripada kesilapan. – BERNAMA

Tags: Pemuda MCAPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd