• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminjam PTPTN Diminta Manfaatkan Diskaun 20%

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu merebut peluang melunaskan baki pinjaman mereka bagi menikmati diskaun 20 peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 semalam.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata ini kerana diskaun yang diberikan kerajaan untuk membayar balik pinjaman bertambah lima peratus lagi berbanding 15 peratus dalam Bajet 2017.

“Sebenarnya, ini peluang terbaik peminjam buat bayaran balik. Kalau bajet sebelum ini mereka yang buat bayaran penuh mendapat diskaun 15 peratus tetapi bajet semalam dapat tambahan lima peratus lagi,” katanya kepada pemberita selepas program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim.

Shamsul Anuar berkata sehingga 31 Sept tahun ini, seramai 400,000 peminjam telah pun membuat bayaran penuh baki pinjaman mereka.

Beliau berkata dengan pemberian diskaun sebanyak 15 peratus, kerajaan menerusi PTPTN telah memberikan diskaun berjumlah RM325.1 juta kepada peminjam yang telah menyelesaikan semua baki pinjaman.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia berkata Bajet 2018 turut menawarkan tempoh bayaran balik setahun selepas tamat pengajian berbanding enam bulan sebelum ini kepada semua peminjam PTPTN.

“Ini bermakna mereka akan terlepas CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat) dan tidak berdepan sekatan Imigresen. Tempoh setahun itu adalah tempoh bagi mereka mencari pekerjaan,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam, perdana menteri berkata kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Dis 2018 dengan 20 peratus diskaun bagi penyelesaian penuh baki hutang.

Peminjam juga boleh mendapat diskaun 10 peratus masing-masing bagi bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki pinjaman dan bayaran balik yang dibuat menerusi potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual.

Selain itu, pelajar daripada keluarga berpendapatan B40 yang mengikuti kursus berbolehpasaran tinggi akan diberi kenaikan jumlah pinjaman PTPTN serta tempoh bayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding enam bulan pada masa ini.

Peminjam juga boleh menggabungkan pinjaman seperti diploma dan ijazah sebagai satu pinjaman dan hanya perlu membayar balik selepas tamat pengajian diperingkat ijazah. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd