• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembukaan Mara Digital Akan Terus Dipergiat

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Usaha membuka pusat perniagaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) iaitu Mara Digital akan terus dipergiatkan ke seluruh negara sebagai penanda aras baharu ke arah penglibatan usahawan Bumiputera dalam industri berkenaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menegaskan perkara itu berkata pihak kementerian sedang berunding dan telah mengenal pasti beberapa kawasan lagi iaitu di Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan bagi tujuan itu.

“Pada 26 Oktober ini, sebuah lagi Mara Digital akan dibuka di Kuantan, Pahang. Kita sedang berunding untuk memastikan sasaran satu negeri satu pusat digital iaitu ‘Mara Digital’ berada di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mara Digital @Ipoh di sini, hari ini.

Mara Digital @Ipoh yang mempunyai 20 buah gerai iaitu lima kedai konsep dan 15 kiosk merupakan cawangan yang ketiga selepas Menara Mara di Kuala Lumpur dan Anggerik Mall, Shah Alam .

Beliau berkata pembukaan Mara Digital yang bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang ICT berikutan dari segi potensi pasaran ICT yang begitu luas pada masa sekarang dan masa depan.

“Dari segi jualan untuk telefon bimbit dan komputer sahaja, pada tahun 2015, mencatatkan sebanyak RM8.74 bilion dan meningkat kepada RM9.61 bilion pada tahun 2016, dan sehingga kini ia meningkat lagi kepada RM10.6 bilion, jadi setiap tahun meningkat dan saya percaya ia akan terus meningkat.

“Seramai 11 juta pengguna gajet di seluruh Malaysia dengan pertumbuhannya sebanyak 10 peratus setiap tahun. Ini menunjukkan keperluan permintaan terhadap telefon bimbit, komputer dan gajet-gajet lain semakin meningkat,” katanya sambil menambah daripada jumlah 11 juta itu, sebanyak 62 peratus adalah pengguna Melayu.

Ismail Sabri berkata adalah menjadi tanggungajawab Mara untuk menjadi pelopor membangunkan usahawan Bumiputera dan bukan bertujuan untuk berlawan dengan sesiapa atau dengan pusat jualan ICT sedia ada.

“Saya berharap pembukaan Mara Digital di Ipoh ini memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan. Bukan nak bersaing tetapi membuka peluang alternatif kepada pengguna,” katanya.

Katanya pihaknya juga telah mewujudkan satu jawatankuasa terdiri daripada wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan ketulenan produk ICT yang dijual di pusat Mara Digital.

“”Mara Digital menawarkan produk yang berkualiti, tulen selain peniaga yang jujur. Anggota KPDNKK juga telah diberi tugas untuk menjadi pihak penguat kuasa yang menjaga kepentingan pengguna dan kita juga telah memberi amaran mana-mana peniaga yang menjual produk tiruan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan enam bulan sewa percuma terhadap usahawan Bumiputera yang berniaga di setiap cawangan Mara Digital. – BERNAMA

Tags: Mara Digital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Digital Mall Catat Jumlah Jualan RM37.7 Juta

14/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Mara Digital Mall mencatat jumlah jualan sebanyak RM37.7 juta setakat Januari...

MARA Digital Melaka, Johor Mula Operasi Tahun Depan

29/10/2017
0

KUANTAN - MARA Digital di Sungai Rambai, Melaka dan Larkin, Johor akan beroperasi awal tahun hadapan dalam usaha melahirkan lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd