• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Diam Lepas Tahu Nilai Rizab Negara

oleh
29/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA ini pihak pembangkang sering merungut dan mendakwa bahawa kononnya ekonomi Malaysia amat nazak dan negara kita sudah muflis.

Ini termasuk menuduh konon rizab antarabangsa Malaysia hanya di bawah AS$50 bilion menyebabkan Bank Negara Malaysia tidak mempunyai wang yang cukup.

Bagaimanapun, hari ini mereka terdiam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rizab antarabangsa ketika ini adalah sebanyak AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menerusi laman Twitter miliknya.

Total silence from Opposition when PM @NajibRazak disclosed this in #Bajet2018 …another lie about our country going bankrupt exposed https://t.co/vCZnQQoWot

— Tan Keng Liang (@tankengliang) October 27, 2017

“Terdiam pembangkang apabila Perdana Menteri @NajibRazak mengumumkan perkara ini dalam #Bajet2018. Satu lagi penipuan didedahkan apabila mereka berkata negara ini akan muflis,” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Beliau berkata demikian di dalam posting yang turut mengucapkan syabas kepada perdana menteri ekoran keupayaan negara memiliki rizab antarabangsa yang agak banyak di luar jangkaan.

Berdasarkan pembentangan Bajet 2018 petang Jumaat, Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan kepada Parlimen bahawa negara ini disahkan ada rizab antarabangsa berjumlah AS$101.4 bilion (RM429 bilion).

“Rizab antarabangsa terkini adalah AS$101.4 bilion, pada 1997 hanya AS$21.7 bilion. Kalau rizab serendah AS$21.7 billion pun tidak muflis, apatah lagi sekarang AS$101.4 bilion,” kata Najib.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa prestasi sebenar ekonomi Malaysia sebenarnya masih lagi dalam keadaan yang baik dan stabil.

Sementara itu, pembentangan bajet kali ini dilihat telah menciptakan sejarah manis buat negara apabila wakil Bank Dunia turut sama hadir mendengar ucapan Najib. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Bajet 2018Bajet Negara 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd