• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemaju Melaka Gateway Pergiat Projek 40% Siap

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka hari ini menggesa pemaju projek Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd untuk mempergiatkan lagi usaha pembangunan mengikut perancangan asal berikutan hanya 40 peratus projek itu siap sejak dimulakan hampir lapan tahun lepas.

Malah, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pihaknya juga tidak teragak-agak memgambil tindakan tegas termasuk menukar pemaju sekiranya ia terbukti gagal melaksanakan projek tersebut mengikut fasa ditetapkan.

Beliau berkata, perkembangan yang tidak memberangsangkan itu bukan setakat memberi kesan kepada ekonomi kerajaan negeri dalam kalangan pelabur tempatan dan asing tetapi turut menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

“Saya harapkan KAJ Development akan mempertingkatkan lagi tindakan mereka untuk mencari seberapa ramai pelabur untuk membangunkan segera kawasan Melaka Gateway dan menjalankan kerja-kerja secara intensif bagi menyempurnakan segala perancangan yang telah kita tetapkan.

“Sehingga kini kita hanya dapat melihat kerja penambakan tanah yang sepatutnya selesai 100 peratus tapi hanya 40 peratus (siap) atau melibatkan keluasan 85.4 hektar.

“Saya ingin ingatkan pihak pemaju bahawa projek ini perlu diberi perhatian segera kerana kita telah hampir lapan tahun menandatangani perjanjian pertama. Memang ada kemajuan (yang dicatatkan) tetapi ia dilihat ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) komponen lain projek antara KAJ Development dengan Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim.

MoU berkenaan ditandatangani Idris dan Naim bagi pihak kerajaan negeri manakala KAJ Development diwakili Pengerusinya Datuk Yahya Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Michelle Ong.

Perjanjian hari ini melibatkan komponen lain pembangunan Melaka Gateway iaitu terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa yang perlu dibangunkan dalam masa tiga tahun ini.

Pembangunan Melaka Gateway yang melibatkan kawasan seluas 1504.9 hektar itu merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan serta diiktiraf projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.

Antara cadangan pembangunan selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa di Pulau Melaka East 1 adalah bandar komersial di Pulau Melaka East 2, terminal pukal cecair di Pulau Melaka East 3 dan terminal pelbagai guna, termasuk kontena serta taman industri maritim di Pulau Melaka East 4. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronMelaka Gateway
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Melaka Gateway Tuntut Ganti Rugi RM139 Bilion

03/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemaju pelabuhan laut dalam Melaka Gateway, KAJ Development Bhd. mencabar keputusan kerajaan membatalkan lesen pengoperasian pelaburan yang...

Dulu Jual Negara, Kini Berpandangan Terbuka

03/01/2019
0

Petikan FB Datuk Seri Najib Tun Razak Semalam saya tulis mengenai projek Melaka Gateway. Hari ini, Ketua Menteri PH beri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd