• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Tunai Umrah, Hadiah Hari Lahir DSV

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTENGAHAN bulan lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan satu berita yang menyayat hati apabila sebuah pusat tahfiz di ibu negara dijilat api pada awal pagi.

Baca: Pusat Tahfiz Terbakar, Lebih 20 Terkorban

Ekoran kejadian itu, ramai yang sudi menghulurkan bantuan termasuk pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida (DSV).

Terdahulu, beliau berhasrat untuk membiayai kesemua pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat untuk menunaikan umrah bersama-sama dengannya.

Juga: Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah

Namun, disebabkan masalah visa, pelajar tahfiz tersebut tidak dapat pergi bersama Vida pada 14 Oktober lalu.

Bagaimanapun, 19 orang termasuk tiga guru pengiring akhirnya telah berjaya berlepas ke Makkah semalam untuk menunaikan ibadah tersebut.

Menurut Vida, hasratnya untuk membiayai segala perbelanjaan pelajar serta guru tersebut bagi memulihkan semangat dan mengubati trauma dan tekanan berikutan tragedi yang telah memusnahkan tingkat tiga bangunan tahfiz tersebut.

“Hari ini (26 Oktober) adalah hari kelahiran saya dan tajaan mengerjakan umrah ini adalah hadiah terbesar diberi kepada pelajar, semoga mereka mendoakan kesejahteraan serta kejayaan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan,” katanya dipetik BH Online.

Setelah beberapa tempoh tertangguh.. Hari ini.. 26 hb Okt sempena hari jadi saya.. Saya hadiahkan .. Tajaan sepenuhnya ke umrah.. Anak anak tahfiz Ittifakiah ini.. . .

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on Oct 26, 2017 at 4:51am PDT

Menurut Vida, 19 orang yang berlepas ke Makkah semalam merupakan kumpulan pertama dan kumpulan kedua akan menyusul apabila mereka telah selesai menjalani rawatan akibat kecederaan yang dialami bulan lalu.

Vida memilih pelajar-pelajar tahfiz ini kerana baginya mereka antara golongan yang membantu mengembangkan syariat Islam di Malaysia.

Sementara itu, pelantun lagu I Am Me ini berhasrat untuk menyertai kumpulan kedua yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi, tetapi semuanya bergantung dengan jadual kerja serta masanya.

“Selepas pulang ke tanah air, pelajar ini akan dibawa tinggal di rumah saya antara satu hingga dua bulan sementara menantikan bangunan baharu pusat tahfiz berkenaan siap sepenuhnya.

“Penajaan ini turut membabitkan pelanggan produk kami yang berjaya memulihkan semula kesihatan dan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi bantu mereka yang kurang berkemampuan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Vida memaklumkan yang sebuah pusat tahfiz yang terletak di Tanah Merah, Kelantan bakal ditubuhkan pada Disember depan.

Sekadar mengimbas kembali, tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berlaku pada pukul 5.15 pagi, 14 September dan telah mengorbankan 23 nyawa termasuk dua orang guru. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Datuk Seri VidaDSVKebakaran Tahfiz Ittifaqiyahtunai umrah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kiefer Racing Tarik Diri MotoGP Malaysia

Next Post

Bayi Lecur Di Muka Selepas Ditinggalkan Ibu Sendirian

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

Solat Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi Bermula Hari Ini

18/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh mula dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini...

Next Post

Bayi Lecur Di Muka Selepas Ditinggalkan Ibu Sendirian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd