• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar IPT Di Johor Diminta Kuasai Bahasa Asing

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini diminta menguasai beberapa bahasa asing khususnya bahasa Inggeris bagi memenuhi kriteria kebolehpasaran alam pekerjaan.

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah Mohammad Khairi A. Malik berkata ia bagi persiapan diri sebagai modal insan berpakej lengkap dalam merebut peluang daripada pembangunan pesat yang berlangsung di Johor.

Beliau berkata sebahagian besar peluang pekerjaan yang wujud di wilayah Iskandar Malaysia ini adalah menerusi pembangunan daripada pelabur asing.

“Sudah tentu kita mesti boleh menguasai beberapa bahasa, baru lah kita berpeluang merebut peluang pekerjaan yang ada,” kata beliau ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan bantuan permulaan IPT, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau mewakili menteri besar menyampaikan bantuan RM300 seorang kepada 230 pelajar IPT awam dan swasta di kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau hasil sumbangan Yayasan Pasir Gudang.

Mohammad Khairi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Johor berkata apabila tamat pengajian kelak, akan wujud persaingan sesama pelajar dalam mencari pekerjaan.

“Pelajar hanya boleh dibezakan dengan penguasaan bahasa yang banyak, aktif, berkeyakinan diri, kepimpinan, berfikiran kreatif serta berani menyalurkan idea. Jadi, anak muda yang mempunyai kesemua kriteria ini yang akan lebih berpeluang mendapat pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bahasa AsingPelajar IPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

Pelajar IPT Parah Ditikam Rakan Lelaki Di Kampus

17/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam oleh rakan lelaki dalam kejadian di sebuah kampus institusi pengajian tinggi...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd