• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Bakal STPM Ditahan Hina Sultan Perak

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pelajar tingkatan enam ditahan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menerusi laman sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pelajar itu berumur 19 tahun dan bersekolah di Pagoh, Muar, Johor bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bulan depan.

“Suspek dikenakan tahanan reman selama tiga hari di hadapan majistret bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata tangkapan ke atas pelajar terbabit dibuat selepas pihak polis menerima enam laporan Sabtu lepas yang melibatkan kes menghina Sultan Nazrin yang tular di laman sosial.

Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya.

“Laporan daripada pengadu yang sedang melayari laman sosial mendapati satu laman Twitter yang dimiliki satu lelaki Melayu telah memuat naik komen yang mengandungi perkataan yang menghina Sultan Perak.

“Siasatan awal mendapati punca munculnya perkataan yang menghina itu adalah disebabkan perbalahan antara dua kumpulan bola sepak yang menular di laman sosial ‘Perak Power!’ dan ‘My Football Liga’ yang menyebabkan suspek mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya sehingga menghina Sultan Perak,” kata Hasnan.

Beliau berkata pihak polis berharap dengan tertangkap suspek, ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil mudah dengan menggunakan laman sosial sebagai perantaraan untuk meluahkan perasaan, mencaci dan sebagainya sehingga menyebabkan aib. – BERNAMA

Tags: Hina Sultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Baharu

Next Post

Tradisi Masak Bubur Asyura Masyarakat Melayu

Related Posts

No Content Available
Next Post

Tradisi Masak Bubur Asyura Masyarakat Melayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd