• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Ariffin Terbit Album Tribute Buat Arwah Suami

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS hampir tujuh bulan tempoh berduka, Nora Ariffin kini bersedia untuk bangkit semula pasca kematian Allahyarham suaminya.

Suaminya, Johan Nawawi yang juga komposer terkenal telah pergi menghadap Ilahi pada 24 Mac lalu akibat serangan jantung.

Akui Nora, sejak pemergian Johan, tanggungjawabnya semakin besar iaitu menguruskan dua syarikat milik arwah iaitu Johan Nawawi Sdn. Bhd. dan Hud Hud Media.

Nora yang pernah popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema bakal muncul dengan single terbaru yang bertajuk Ada Dalam Tiada ciptaan Sirkhan dan lirik Habsah Hassan.

Bukan itu sahaja, katanya sebuah album tribute buat Johan juga akan diterbitkan.

“Ini pengalaman baru saya uruskan semuanya. Saya juga terbitkan album tribute untuk suami memuatkan koleksi lagu ciptaan arwah nyanyian Datuk Sheila Majid, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti dan Liza Hanim.

“Kandungan lagunya termasuk pembabitan awalnya sebagai komposer. Saya juga buat album ini untuk industri muzik, apresiasi daripada arwah untuk generasi akan datang.

“Arwah merancang menerbitkan album itu tahun lalu, tetapi tak kesampaian. Jadi, saya realisasikannya. Album itu sudah hampir siap sepenuhnya,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Nora sempat berkongsi pengalamannya sepanjang tujuh bulan hidup sendiri tanpa suami di sisi. Katanya, tanggungjawab yang dipikulnya kini lebih berat kerana status ibu tunggal yang disandangnya menjadikan dia kini menggalas kedua-dua gelaran ibu dan bapa buat empat orang anaknya.

“Arwah suami dan bapa yang baik. Dia lembut dengan anak dan saya pula tegas dengan mereka. Sekarang apabila terpaksa jadi ‘ibu dan bapa’ kepada anak, kenalah saya imbangkan kedua-dua peranan itu,” ujarnya.

Biarpun sudah tujuh bulan kehilangan suami tercinta, Nora masih menziarahi pusara suaminya itu pada setiap pagi Jumaat. Dia juga akan berkongsi dengan memuat naik aktivitinya itu di laman Instagram.

Dalam sungguh cinta Nora buat Johan. Semoga Nora tabah dan sentiasa kuat menjalani fasa kehidupan seterusnya bersama anak-anak mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nora Ariffin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program Sukan JBNS Guna Peruntukan KWASN

Next Post

Mungkin Inilah Tulisan Tangan Tercantik Di Dunia

Related Posts

Dipaksa Cerai Isteri Pertama, Suami Nora Jawab Dakwaan

05/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan...

“Rindu Tak Terkata… Dia Tak Pernah Mati” – Nora Ariffin

25/09/2018
0

PENYANYI Nora Ariffin memberitahu perasaan rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi masih menebal meskipun arwah sudah meninggalkan mereka kira-kira setahun...

Next Post

Mungkin Inilah Tulisan Tangan Tercantik Di Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd