• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naskhah ‘Bagaikan Puteri’ Pula Bakal Difilemkan

oleh
24/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kejayaan filem Tombiruo: Penunggu Rimba, kini penulis novel Ramlee Awang Murshid bakal mempertaruhkan karya keduanya di layar perak.

Penulis genre thriller nombor satu Malaysia itu bakal mengangkat karya keduanya berjudul ‘Bagaikan Puteri’ ke layar perak tidak lama lagi.

Malah, dia sendiri mengakui bahawa pihaknya sudah pun meneliti skrip bagi filem itu yang kini sudah pun memasuki draf ketiga.

Pihaknya kini masih lagi mencari pelakon yang sesuai bagi memegang watak utama iaitu ‘Laksamana Sunan’ dan juga pemilihan pelakon bagi watak-watak lain yang bakal melibatkan barisan pelakon tempatan dan luar negara.

“Paling memeningkan saya sekarang ialah skrip dan individu yang paling layak untuk membawa watak Laksamana Sunan,” katanya ketika ditemui oleh pihak Astro Awani.

Karya epik itu juga bakal menyaksikan kerjasama antara syarikat milik Ramlee dan Astro Shawn bersama Idea Media serta Grup Buku Karangkraf.

Dalam masa yang sama, projek itu juga merupakan kerjasama kali kedua bagi keempat-empat syarikat ternama itu selepas berganding bahu menerusi filem Tombiruo: Penunggu Rimba.

Setakat ini, filem yang ditunggu-tunggu itu sudah berjaya mengutip RM5 juta sepanjang hampir dua minggu ditayangkan.

Berita mengenai pemilihan pelakon bagi filem Bagaikan Puteri telah membuatkan ramai peminat novel Ramlee berasa teruja sehingga ramai meminta supaya watak Laksamana Sunan itu dipegang oleh Aeril Zafrel.

Kalau dilihat di Intagram Aeril sendiri, ramai netizen meninggalkan komen yang positif dan meminta supaya Aeril dipilih bagi watak tersebut.

: “…Tiap kali melihat senyummu, Engkau mengingatkanku akan surga…” -SJ-

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Oct 22, 2017 at 5:42am PDT

Mungkin disebabkan Aeril merupakan salah seorang selebriti yang menjadi pengikut setia karya Ramlee dan mempunyai raut wajah ala-ala lelaki melayu terakhir, lagi lah ramai berharap supaya suami kepada pelakon Wawa Zainal itu dipilih bagi menjayakan watak utama dalam filem itu nanti.

Bukan tu saja, malah peminat juga turut menyenaraikan pelakon wanita yang berpotensi untuk membawa watak Ratu Ratna.

Antara yang tersenarai termasuklah Wawa Zainal, Ummi Nazeera dan Maya Karin.

Apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman daripada pihak Ramlee sendiri. Pastinya mereka akan memilih pelakon yang sesuai untuk watak yang terlibat dalam novel thriller hebat tu.

Novel Bagaikan Puteri mengisahkan Haryani yang dikatakan berasal dari abad ke-21 dan ‘tercampak’ ke kurun ke-15, di mana gadis itu telah bertemu dengan Laksamana Kesultanan Acheh, Saifuddin Jalis atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan. – MYNEWSHUB.CC/AA

Tags: Bagaikan Puterinovel thrillerRamlee Awang MurshidTombiruo: Penunggu Rimba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Cukup Di Set, Tak Perlu Nak Mesra Dekat Luar” – Zul

17/11/2017
0

SERING kali kita mendengar berita mengenai pelakon yang menjalinkan hubungan cinta selepas mereka berdua digandingkan bersama dalam sesebuah karya. Adakah...

Zul Ariffin Tak Mahu Terlibat Dalam ‘Drama’ Murahan

04/11/2017
0

SELEPAS sekian lama mendiamkan diri apabila naik satu kontoversi antara kekasihnya dengan pasangan artis lain, kini pelakon utama drama Titian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd