• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Sudah Serahkan Senarai Calon PRU-14

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Senarai calon MIC untuk pilihan raya umum ke-14 telah diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditimbangkan, kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya sekarang terserah kepada Najib yang juga Perdana Menteri untuk meneliti dan menyerahkan senarai berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan saringan.

“Terserah pada perdana menteri untuk memutuskan sama ada menyerahkan senarai nama berkenaan kepada SPRM,” katanya ringkas semasa ditemui pemberita selepas perasmian Persidangan Ginekologi-Onkologi Kebangsaan, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan, berharap lebih ramai wanita tampil untuk menjalani pemeriksaan ‘pap smear’ bagi mengesan risiko kanser lebih awal.

Katanya jenis kanser yang tergolong dalam kumpulan sakit puan seperti kanser serviks, ovari dan uterus adalah yang kedua terbesar selepas kanser payu dara.

Ditanya mengenai rawatan secara tradisional bagi mengubati kanser, Dr Subramaniam berkata kementerian bersedia mengkaji kemungkinan menggunakan perubatan jenis itu.

“Seperti di China dan India, mereka banyak jalankan kajian sains untuk perubatan tradisional, dan jika dibandingkan kita ada lebih banyak bukti saintifik sekarang berbanding sebelum ini,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata beliau belum menerima laporan berhubung kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi di Sitiawan, Perak pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun katanya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah akan mengeluarkan kenyataan sebaik kementerian menerima laporan penuh berhubung kes tersebut.

Polis hari ini mengklasifikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Berdasarkan laporan bedah siasat itu, LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26 yang meninggal dunia di bilik tahanan berkenaan dipercayai didera.

Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasional (BN)MIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd