• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mereka Mahu Islam Yang Liberal Dan Sekular

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Terdapat pihak mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan itu mahu umat Islam menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan manusia dan cuma agama kepunyaan Allah S.W.T

“Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.

“Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam masyarakat. Melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi berkata, golongan seperti itu sebenarnya mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran kerana ia dianggap sebagai suatu yang jelik.

Jelas beliau, jenama yang mereka mahu adalah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak yang kononnya sealiran dengan zaman kini walaupun ia sebenarnya kembali ke ‘zaman jakun’.

“Demikianlah hanggapannya terhadap Islam. Media massa (sosial) yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.

“Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar lalu membaca dan mengkaji. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal,” katanya lagi. – MYNESHUB.CC

Tags: liberal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Dakwa Orang Melayu Tolak Anwar

12/03/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Penganjur Debat Piala Tun Razak Mohon Maaf

16/10/2019
0

SHAH ALAM - Penganjur pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 di Seremban baru-baru ini memohon maaf berikutan kritikan terhadap tajuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd