• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bayi Ditemukan Di Bawah Jambatan Air

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Mayat seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah kotak yang diletakkan di bawah Jambatan 4 Kampung Air Jalan Pelabuhan dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata mayat bayi baharu lahir ditemukan oleh orang awam pada jam 8.45 pagi.

Katanya setelah dimaklumkan tentang penemuan mayat bayi itu, sepasukan.anggota polis telah bergegas ke tempat kejadian yang merupakan kawasan perumahan atas air dan mendapati mayat bayi itu masih bertali pusat, dengan keadaan badan yang sempurna tanpa kesan luka.

Beliau berkata mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Duchess of Kent, di sini.

Mohd Azhar berkata laporan awal pihak hospital menunjukkan mayat bayi itu seberat 318 gram dianggarkan berumur lebih kurang enam bulan dan baharu saja dilahirkan.

Katanya terdapat beberapa kesan lebam pada belakang badan, punggung dan kaki pada mayat bayi itu kemungkinan disebabkan proses kelahiran.

Menurutnya hasil bedah siasat juga mendapati tiada menunjukkan sebarang kecederaan dalaman dan bayi dipercayai meninggal dunia semasa dilahirkan.

Beliau meminta orang ramai terutamanya klinik-klinik swasta atau bidan kampung yang mempunyai maklumat tentang sebarang kelahiran dalam tempoh terdekat untuk tampil bagi membantu siasatan polis.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Mayat Bayi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

46 Ekor Kucing Diselamatkan Dikurung & Terabai

Next Post

Cadangan Menteri, Timbalan Jawab Soalan

Related Posts

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam

Padah Sembunyi Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh Sebelum Tanam

17/09/2024
0

KANGAR – Tindakan seorang pengasuh warga Indonesia menyembunyikan mayat bayi lelaki dalam mesin basuh sebelum menanam anaknya itu mengundang padah...

Ular Punca Kereta Api Laju Jepun Lewat 17 Minit

Mayat Bayi Lelaki Ditemukan Dalam Tangki Pam Tandas Masjid

17/04/2024
0

KUALA BERANG - Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di...

Next Post

Cadangan Menteri, Timbalan Jawab Soalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd