• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Kenderaan Dihempap Dahan Pokok

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Perjalanan menuju ke kem motivasi sebagai persediaan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertukar menjadi tragedi apabila pemandu dan seorang pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, di sini maut akibat dihempap dahan sebatang pokok.

Lebih memilukan apabila kem yang berlangsung sejak Khamis lalu di sebuah hotel itu akan berakhir hari ini iaitu kira-kira dua jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata pemandu van itu Mohd Amin Ibrahim, 36 dan seorang pelajar Mohamad Zulfahmi Abdul Halim, 17, meninggal di tempat kejadian semasa dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 1.10 tengah hari, secara tiba-tiba dahan pokok daripada sebatang pokok besar yang berada di tepi jalan Mengabang Lekor, di sini telah patah dan menghempap dua kenderaan .

“Dalam kejadian ini, sebuah lagi kereta yang dinaiki dua wanita turut terlibat. Dua daripada tiga orang yang menaiki van (kenderaan sekolah terbabit) telah meninggal dunia.

“Mangsa lain (termasuk menaiki kereta) selamat tetapi mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital.

“Kesemua mereka yang dirawat kini dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Sementara itu, rakan setugas Mohd Amin yang tidak mahu dikenali berkata mangsa adalah seorang yang komited dengan kerja dan peramah.

Katanya mangsa tidak pernah membantah apabila diminta menghantar pelajar menggunakan van tersebut dan beliau tidak menyangka bahawa pertemuan mereka beberapa jam sebelum itu adalah kali terakhir.

Tambahnya, jarak antara lokasi kejadian dengan sekolah terbabit hanyalah kira-kira dua kilometer dan ketika menerima panggilan bahawa terdapat kenderaan sekolah yang kemalangan, ramai antara petugas bergegas namun tidak menyangka Mohd Amin dan seorang pelajar telah meninggal dunia. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd