• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Dan, Dari Program Travelog Ke Dunia Lakonan

oleh Ahmad Albab
11/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen Mat Dan atau nama Islamnya Kareef Daniel Abdullah kini berjinak-jinak dunia lakonan bermula dengan satu filem pendek yang tengah dalam penggambaran.

Anak kelahiran Bristol, England yang diberi nama Daniel Tyler sebelum memeluk agama Islam itu berkata penggambaran filem tersebut baru bermula minggu lepas.

“Saya baru terlibat dalam lakonan sebuah filem pendek sebab saya hendak ceburkan diri dalam bidang lakonan pula,” kata Mat Dan, 27, kepada Bernama, di sini.

Anak muda itu mula terkenal di negara ini selepas video kefasihan beliau bercakap dalam bahasa Melayu loghat Terengganu tular menerusi media sosial.

Beliau yang tinggal di Malaysia sejak lapan tahun lalu ketika berusia 19 tahun dan bertemu jodoh dengan gadis Terengganu tahun ini, turut aktif sebagai hos program stesen televisyen berbayar Astro.

Ini termasuk sebagai pengacara program “Mat Dan Kaki Jalan” yang membawa penonton menggembara ke 13 destinasi menarik di negara ini dan travelog “Haramain Backpackers” bersama PU Amin.

Mat Dan turut terlibat dalam perniagaan produk gel rambut atau pomade dengan jenama ‘J.Tac by Mat Dan’.

“Jenama pomade ini bersempena ayat ‘semat jetak’ dalam loghat Terengganu yang bermaksud ‘sangat segak,” katanya.

Mat Dan turut berkongsi impiannya untuk menjadi usahawan ‘budu hipster’.

“Dulu masa mula-mula jadi selebriti saya memang terfikir untuk buat produk berasaskan budu tapi hanya sekarang baru kita nak mula buat budu hispter,” katanya tanpa menjelaskan maksud budu hipster. – BERNAMA

Tags: mat danmat salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki ‘Mat Salleh’ Marah Pengawal Keselamatan Ditahan

19/04/2022
0

PETALING JAYA: Lelaki warga asing yang tidak memakai pelitup muka selain mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah terhadap pengawal...

Rasa Gugup Dipanggil TPM Naik Ke Pentas – Mat Dan

27/02/2018
0

KUALA NERUS - "Jantung saya berdebar-debar sangat sampai nak gugur rasanya apabila Timbalan Perdana Menteri panggil nama saya atas pentas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd