• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mungkin Bida Anjur Sukan Komanwel 2022

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengkaji semula rancangan membida penganjuran temasya Sukan Komanwel 2022 selepas kejayaan negara menganjurkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas.

Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membincangkan rancangan itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau berpendapat Malaysia perlu melihat kepada penganjuran temasya sukan yang lebih besar.

Walaupun sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menyatakan pendirian untuk tidak membuat bidaan, namun beliau ingin mengkaji semula perkara itu memandangkan Malaysia mampu menganjurkan sukan itu selepas kali pertama menganjurkannya pada 1998.

“Sukan Olimpik mungkin terlalu besar (menganjurkan) buat waktu ini dan Sukan Asia pula kosnya terlalu tinggi… manakala yang masih boleh dipertimbangkan adalah Sukan Komanwel,” katanya pada sidang media mengenai program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan MOM bahawa Malaysia tidak akan membida penganjuran Sukan Komanwel 2022 walaupun tarikh bidaan dilanjutkan hingga 30 November ini.

Sukan Komanwel 2018 akan diadakan di Gold Coast, Austrlalia.

Ditanya mengenai pandangan segelintir bekas pemain kebangsaan bahawa kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negara disebabkan pemain bintang yang diambil kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya menghiasi bangku simpanan, Khairy berkata ia adalah pandangan pihak yang iri hati dengan pasukan itu.

Katanya, walaupun pemain bintang terbabit menjadi pemain simpanan, namun pemain JDT terdedah kepada perlawanan berprestij yang tidak ditandingi pasukan lain seperti Piala AFC.

“Adakah jika pasukan kebangsaan Sepanyol kalah, kita salahkan Barcelona atau Real Madrid? Sepatutnya kita harus menggalakkan lebih banyak kelab menjadi seperti JDT,” katanya.

Khairy berkata peminat perlu memberi sokongan kepada pasukan negara dan tidak mengharapkan kejayaan yang terlalu pantas.

Semalam, bekas pemain kebangsaan era 1970-an, Datuk Jamal Nasir Ismail mendakwa antara punca kemerosotan prestasi dan ranking skuad kebangsaan disebabkan penghijrahan pemain bintang tempatan ke skuad JDT.

Bdeliau mendakwa pemain tonggak negara yang begitu menyerlah sebelum menyertai skuad Harimau Selatan itu seakan hilang sentuhan apabila kembali beraksi bersama skuad negara. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan KomanwelSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd