• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Raja-Raja Melayu Diberi Perhatian Serius

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Majlis Perundingan Muhibbah Pulau Pinang berharap kerajaan pusat memberi perhatian terhadap kebimbangan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cenderung membawa isu perkauman yang tebal sehingga menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.

“Kenyataan Majlis Raja-Raja merupakan satu kenyataan yang kita menjunjung tinggi dan kita sokong kerana kebelakangan ini masih ada puak-puak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan suasana perkauman yang tebal kerana mereka ini ghairah berpolitik.

“Merela tidak mengambil kira asas kita mencapai kemerdekaan negara oleh pemimpin terdahulu menerusi kerjasama, kesepakatan dan perpaduan yang cukup kukuh. Kita berharap dengan adanya kenyataan rasmi oleh Majlis Raja-Raja ini kerajaan akan mengambil tindakan untuk membasmi perkauman yang tebal dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Semalam, Majlis Raja-Raja Melayu dalam kenyataan berkata Raja-raja Melayu memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu rakyat wajib memahami dan menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan persefahaman bahawa negara ini adalah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

Sehubungan itu, Mohd Yussof berkata pihaknya mencadangkan kerajaan mewujudkan semula Hari Perpaduan Negara, yang sebelum ini hanya disambut pada tahun 1971 dan 1972, dengan mengisytiharkan 8 Februari sebagai sambutan hari tersebut sebagai usaha menyemai semangat setiakawan, perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Beliau berkata pemilihan tarikh itu adalah kerana pada tarikh tersebut negara telah menandatangani perjanjian kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu di London pada tahun 1956 selain ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Pelbagai aktiviti boleh dijalankan pada sambutan Hari Perpaduan Negara ini seperti perarakan, seminar dan program-program yang dapat memupuk semangat patriotisme terutamanya dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung cadangan sambutan Hari Perpaduan Negara itu. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Mohd Yussof Latiff
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd