• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahu Ikatan Perpaduan Kaum Sentiasa Subur

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya sentiasa menyubur dan memperkasa semangat perpaduan yang telah tersemai dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Menurut baginda, peristiwa 13 Mei 1969 memberi kesan besar kepada negara kerana ia merobek ikatan perpaduan rakyat dan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan.

Bertitah pada majlis Malam Perlis 2017 anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) di sini malam tadi baginda menasihati pihak tertentu supaya tidak menunjukkan sikap untuk menjadi juara dengan tindakan-tindakan yang menyentuh perasaan kaum lain termasuk melalui kritikan agama.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin turut mengimbau kenangan baginda semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong apabila banyak negara maju termasuk Sweden dan Finland memuji Malaysia kerana perpaduan rakyat berbilang kaum.

Baginda bangga Malaysia dianggap negara contoh umpama sebuah ‘Mini’ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kelebihan aset ini hendaklah dikekalkan malah ditambah baik oleh setiap peringkat kepimpinan sampailah ke akar umbi.

Seramai 750 anak Perlis di perantauan khususnya yang bermastautin di sekitar Lembah Kelang hadir pada majlis yang dianjurkan PPKL secara dwitahunan itu.

PPKL yang ditubuhkan 42 tahun lepas kini diterajui Datuk Azmi Talib dengan keanggotaan seramai 1,300 orang. – BERNAMA

Tags: Raja Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd