• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 300 Individu Terlibat Elemen Daesh Ditangkap

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 346 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh termasuk 95 rakyat negara ini ditahan sehingga 6 Okt lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri turut mendapat maklumat sebanyak 53 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti keganasan di Iraq dan Syria dengan 34 daripada mereka maut.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bagi memastikan Malaysia mengekang ancaman keganasan, pihak berkuasa sentiasa meningkatkan kaedah pemantauan dan kerjasama dengan Interpol dan negara luar.

“Kerajaan masih belum berpuas hati dengan pencapaian kita dalam memerangi jenayah rentas sempadan namun kami yakin dengan kerjasama kita termasuk dengan pihak Interpol, unsur keganasan ini boleh dibendung,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berhubung usaha kerajaan memerangi jenayah rentas sempadan.

Ahmad Zahid berkata Malaysia menjalin kerjasama dengan negara-negara jiran dan Interpol dalam membentuk rangkaian perkongsian maklumat serta meningkatkan jaringan perisikan bagi menangani jenayah rentas sempadan.

“Kita juga telah memantau pintu-pintu masuk negara dengan menggunakan Advance Passenger Screening System (APSS) selain bekerjasama dengan kerajaan negara China di mana kedua-dua negara telah berjaya menghantar pulang penjenayah dikehendaki,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai jenayah pemerdagangan manusia, Ahmad Zahid berkata Malaysia akan sentiasa komited dalam memerangi masalah tersebut.

“Pendakwaan jenayah pemerdagangan manusia juga telah meningkat daripada seorang sahaja pada 2014, tujuh pada 2015, 100 orang tahun lepas dan 119 orang sehingga 10 Okt ini. Ini menunjukkan keprihatinan kita dalam menangani isu ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan Interpol untuk mengesan kedudukan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Ahmad Zahid berkata ia telah dikemukakan kepada Interpol.

“Kita amat yakin Interpol akan bertindak secara profesional dan PDRM masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai individu itu,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sindiket Tipu Menggunakan Nama, Logo LHDN

Next Post

Peruntukan Lebih RM400 Juta Hadapi Banjir Sejak 2008

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Peruntukan Lebih RM400 Juta Hadapi Banjir Sejak 2008

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd