• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Tahfiz Tidak Patuhi Piawai Keselamatan

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 252 pusat tahfiz di seluruh negara didapati tidak mematuhi piawaian keselamatan kebakaran, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Nor Omar berkata jumlah itu merangkumi 169 pusat tahfiz berdaftar dengan jabatan agama negeri dan 83 yang tidak berdaftar.

Pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke atas 1,238 pusat tahfiz dari 25 Sept hingga 17 Okt lalu turut mendapati hanya 80 institusi itu mendapat kelulusan bangunan daripada JBPM, katanya menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di sini.

“Sebanyak 367 notis menghapuskan bahaya kebakaran telah dikeluarkan melibatkan pelbagai aspek keselamatan seperti tiada laluan kecemasan, tiada alat pemadam api dan pendawaian elektrik yang usang.

“Kita beri mereka tempoh 90 hingga 180 hari untuk pastikan mereka mengikuti syarat yang ditetapkan,” kata Noh.

Mengulas lanjut, beliau berkata satu inisiatif Skuad Bomba Tahfiz diperkenalkan pada Mei lepas bagi menangani masalah kebakaran di sekolah tahfiz, melibatkan sukarelawan dari institusi itu sendiri dan sehingga kini disertai oleh 319 sukarelawan.

“Kita juga mempergiat aktiviti ceramah, seminar dan demonstrasi kebakaran kepada 528 pusat tahfiz di seluruh negara. Risalah kebakaran juga telah diedarkan kepada sekolah tahfiz dan komuniti berdekatan sekolah,” katanya.

Pada masa sama beliau menyeru anggota parlimen dan pemimpin setempat mengambil tahu akan keperluan sekolah-sekolah tahfiz di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Noh Omarpusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencuci Kereta Didakwa Bersetubuh Luar Tabii

Next Post

Dua Pemandu Bas Kilang Direman 4 Hari

Related Posts

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Next Post

Dua Pemandu Bas Kilang Direman 4 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd