• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laut Bergelora, Kembung Kurang, Maka Harga Naik

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kekurangan ikan kembung di jeti pendaratan di seluruh negara menyebabkan harganya tidak stabil dan sedikit mahal sejak akhir-akhir ini, kata Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata tinjauan yang dilakukan di jeti pendaratan mendapati harga kembung memang meningkat dan kebanyakannya ditetapkan pada harga RM12 sekilogram.

“Kalau ikan kurang di tempat pendaratan, ertinya harga ikan akan naik. Jadi sukar untuk saya memaksa nelayan (menjual dengan harga murah seperti biasa), kerana waktu ikan kurang, mereka terpaksa pergi jauh ke laut dan menggunakan minyak (enjin) yang lebih, menggunakan tenaga yang lebih, tiba-tiba orang meminta saya mengawal harga pendaratan ikan.

“Apabila kurang ikan semasa pendaratan, maka kita kena akui (harga menjadi mahal) kerana kos untuk nelayan pergi ke laut lebih tinggi, tidak termasuk lagi musim yang tidak menentu, laut yang bergelora dan cabaran serta kemungkinan bahaya yang nelayan perlu lalui,” katanya kepada pemberita.

Beliau meninjuau program Gotong Royong Perdana di tapak lokasi Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata pemborong dan peruncit juga mempunyai risiko tertentu dan pastinya mereka turut mengambil margin keuntungan yang sekali gus menjadikan harga kembung yang dijual pada pembeli sedikit mahal.

“Sekarang telah masuk bulan Oktober dan laut mula bergelora yang menyebabkan harga ikan kembung telah naik dan kemungkinan ikan-ikan lain juga akan naik. Ia mengikut kaedah ekonomi iaitu sebagai contoh, kalau harga cawan naik, maha harga piring juga akan mengikut sama,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini masih belum terdapat teknologi yang membolehkan ikan kembung diternak seperti ikan siakap, tilapia dan sebagainya yang boleh menjadikan harganya stabil sepanjang masa. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyIkan Kembong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekeluarga Maut Dirempuh Pemandu Main Telefon

Next Post

Ibu Kanak-Kanak Dirantai Perlu Jalani Kaunseling

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

Next Post

Ibu Kanak-Kanak Dirantai Perlu Jalani Kaunseling

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd