• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 Meriah

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir 300 peserta termasuk pemenang pingat Sukan Komanwel terdahulu, menyertai Larian Baton Sukan Komanwel Gold Coast 2018 (GC2018) yang berlangsung dalam suasana meriah di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Larian sejauh 1.3 kilometer mengelilingi stadium itu bermula di Dataran Keris dan melibatkan lima kumpulan antaranya badan induk sukan negara, delegasi Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia dan pemenang pingat terdahulu serta atlet kebangsaan.

Antara individu yang berlari membawa baton berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Dr Khairi Zawi, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan wakil Persekutuan Sukan Komanwel Datuk Dr M. Jegathesan.

Dalam sidang media selepas larian tersebut, Presiden Persekutuan Sukan Komanwel Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar menyifatkan larian tersebut begitu istimewa disebabkan perayaan Deepavali yang akan disambut esok.

​​​​”Ini merupakan satu daripada 70 atau lebih pusingan larian baton dan telah diadakan banyak kali di sini,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith optimis kontinjen Malaysia mampu memberikan saingan sengit pada temasya sukan berkenaan berdasarkan pencapaian membanggakan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lepas.

“Kami tahu Malaysia pasukan yang kuat kerana kami lihat Malaysia berprestasi cemerlang pada Sukan SEA 2017 dan kami tahu mereka akan jadi antara pesaing yang kuat,” katanya.

Selepas Malaysia, baton yang dilengkapi sistem pengesan kedudukan global (GPS) yang membolehkan pengesanan baton 24 jam sehari menerusi Internet sepanjang menjelajah seluruh dunia itu akan berlepas ke destinasi seterusnya iaitu Brunei.

Baton tersebut akan menjelajah sejauh 230,000 km selama 388 hari melalui 70 negara Komanwel sebelum tiba di Australia, di mana mesej Ratu Elizabeth II tersebut akan dibaca pada majlis pembukaan rasmi CG2018 pada 4 April, tahun depan.

Sukan Komanwel 2018 akan berlangsung di Gold Coast, Queensland, Australia, bermula 4 hingga 18 April. – BERNAMA

Tags: Larian Baton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangkok Hos Larian Baton Bagi Sukan SEA KL 2017

24/03/2017
0

BANGKOK - Beribu-ribu orang dijangka menyertai "Rising Together Baton Run" di Bangkok pada 1 April sempena Sukan SEA ke-29 dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd