• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perak Timbang Sediakan Feri Di Sungai Perak

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Kerajaan Perak sedia menimbangkan penyediaan perkhidmatan feri untuk membawa kenderaan ringan menyeberangi Sungai Perak susulan penutupan Jambatan Sultan Yusof sehingga hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata penyediaan feri itu antara langkah alternatif yang ditimbangkan kerajaan negeri bagi membantu pengguna.

“Setakat ini saya masih berpegang kepada kata-kata JKR (Jabatan Kerja Raya) (jambatan ditutup) sehingga hujung tahun dan saya harap mereka jangan lagi buat keputusan mengejut. Kalau tidak boleh (selesaikan) beritahu awal-awal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik itu ditemui selepas menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon Pentaksiran Tingkatan Tiga bagi kawasan itu di sini.

Jambatan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan/Sabak Bernam-Manjung/Sitiawan ditutup sejak awal Ogos lalu bagi kerja-kerja penyelenggaraan berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh menjejaskan struktur dan keselamatan jambatan.

Jambatan itu dijadualkan dibuka semula pada hujung bulan sama namun JKR mengumumkan tempoh penutupan dilanjutkan sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian sebelum mengeluarkan kenyataan penutupan selama empat bulan lagi pada awal bulan lepas.

Penutupan jambatan itu menyebabkan Jalan Kampung Bahagia di sini sering mengalami kesesakan memandangkan jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan alternatif yang menghubungkan Bagan Datuk dan Sabak Bernam di Selangor untuk ke Sitiawan dan Manjung.

Mengulas lanjut, Zainol Fadzi berkata sebelum wujudnya jambatan itu, kenderaan ringan diangkut menggunakan feri dengan bayaran sekitar RM5.

“Kita tengok macam mana nanti jika ia dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Zainol Fadzi Paharudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zainol Fadzi Tidak Harapkan Jawatan Exco Perak

15/05/2018
0

PASIR SALAK — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang baharu menyertai Pakatan Harapan tidak...

Empangan Perak Mampu Bekal Air Sehingga Oktober

14/03/2018
0

IPOH - Empangan di Perak mampu membekalkan air untuk kegunaan domestik di seluruh negeri bagi tempoh sehingga enam bulan meskipun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd