• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pesuruhjaya SPRM Digesa Kekal Teguh

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad harus tegas dan tidak tunduk kepada taktik kotor untuk melemahkannya.

Beliau menggesa Dzulkifli agar meneruskan usahanya membersihkan negara daripada anasir rasuah.

Salleh berkata demikian dalam catatan terbarunya berikutan dakwaan kononnya ketua pesuruhjaya SPRM itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

“Pada 2015, apabila mereka fikir SPRM boleh digunakan untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang menentang kerajaan akan ke ibu pejabat SPRM, memuji agensi itu dan menyanjung tinggi ketua pesuruhjaya SPRM terdahulu.

“Hari ini, Dzulkifli diserang dengan kejam. Jika mereka boleh mempergunakan anda, maka anda adalah ‘anugerah Tuhan’ sekiranya mereka tidak boleh mempergunakan anda, mereka akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan, memalukan, mencemarkan imej dan memusnahkan reputasi anda dengan pembohongan, fitnah dan dakwaan palsu terhadap semua jenis ‘jenayah’ yang dibayangkan,” katanya.

Dalam hal ini, Salleh menggesa Dzulkifli supaya mengabaikan kutukan berkenaan dan terus berkhidmat “kerana sebagai seorang penjawat awam kanan dan berprofil tinggi, serangan datang dengan tanggungjawab yang digalas, lebih banyak anda melaksanakan tugas anda dengan baik, lebih banyak pula serangan yang menimpa”. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zamihan Pohon Maaf Kepada Sultan Selangor

Next Post

Tian Chua Dibebas 27 Oktober Selepas Dipenjara Sebulan

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

Next Post

Tian Chua Dibebas 27 Oktober Selepas Dipenjara Sebulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd