• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesan Kempen Duterte Memerangi Dadah

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pada 29 Mac lalu, Raymart Siapo, 19, yang cacat menjadi mangsa dalam kempen memerangi dadah yang dilancarkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Badannya yang penuh dengan kesan tembakan ditemui berhampiran Barangay NBBS, Navotas City di utara Manila.

Pada malam kejadian yang mengerikan itu, remaja tersebut dikatakan telah diculik sekumpulan orang bertopeng yang bersenjata, selepas remaja berkenaan dituduh sebagai pengedar dadah oleh jirannya yang telah bertengkar dengannya sebelum itu.

“Mereka menyuruh anak saya supaya lari, tetapi anak saya yang cacat pada kakinya tidak mampu untuk berlari. Mereka lalu menembak dia di kepala dan mematahkan tangannya,” kata ibunya Luzviminda Siapo atau Minda sambil berlinangan air mata.

Si ibu tersebut bekerja di Kuwait sebagai amah ketika kejadian yang menimpa anak lelakinya itu.

Sambil memegang gambar mayat anaknya yang penuh berdarah semasa satu forum bagi memperkatakan isu perang dadah yang dilancarkan kerajaan Duterte, Minda memberitahu hatinya menjadi remuk apabila mengetahui berita kematian anaknya.

Pembunuhan Raymart dianggap sebagai kesan dari peperangan dadah yang dilancarkan Duterte yang mana didakwa ia turut melibatkan pihak polis Filipina yang menerima wang untuk membunuh suspek dadah, meletak bukti di lokasi jenayah serta melakukan pembunuhan yang dipersalahkan ke atas pihak lain.

Kepedihan Minda bukan sahaja kerana kehilangan anak tersayang, tetapi ibu tunggal dengan dua orang anak ini turut mengalami penghinaan dalam meyakinkan majikannya untuk membenarkannya pulang ke Filipina bagi menghadiri majlis pengebumian anaknya.

“Saya terpaska mencium kaki majikan saya sebanyak tiga kali,” katanya yang juga terpaksa melepaskan statusnya sebagai Pekerja Filipina di Luar Negara (OFW) bagi menjaga seorang lagi anak perempuannya yang berumur 10 tahun.

Hasil pembunuhan Raymart, Ketua Polis Negara, Jen Ronald ‘Bato’ de la Rosa pada April lalu telah mengarahkan agar siasatan dilakukan yang hasil siasatannya sehinga kini masih belum jelas.

Minda juga berkata dia tidak menerima sebarang maklumat mengenai kematian anaknya.

“Namun saya akan teruskan sehingga saya menemui kebenaran mengenai pembunuhan Raymart,” katanya.

Seorang Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Filipina, Leah Tanondra-Armamento mendakwa jumlah tidak rasmi mangsa pembunuhan dalam peperangan itu meningkat kepada 13,000 orang dengan hanya kira-kira 8,000 kes yang disiasat.

Kerajaan mendakwa jumlah kematian dalam memerangi dadah adalah 3,000 orang.

Mangsa pembunuhan adalah mereka yang miskin dan terpinggir.

Armamento berkata suruhanjaya tersebut menyokong usaha kerajaan memerangi dadah tetapi bukan pembunuhan yang melanggari undang-undang itu.

“Kami meminta Presiden Duterte untuk menghentikan pembunuhan kerana ia adalah jenayah,” katanya dan turut mahu pihak polis berhenti daripada menjadi ‘mesin pembunuh’ bagi kerajaan, seperti yang didakwa ramai. – BERNAMA

Tags: dadahRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd