• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa Kebangsaan Pembangunan OPT Lulus

oleh AK-47
09/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan struktur rasmi Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Batang Kelapa Sawit (OPT) yang bakal melibatkan penyertaan rasmi daripada 18 agensi kerajaan merentasi kementerian, empat pemain industri perkayuan dan tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Sehubungan itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengalu-alukan penglibatan IPTA dalam jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan OPT untuk merancakkan aktiviti dan meningkatkan keberkesanan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor perkayuan bernilai tambah.

Beliau berkata demikian di dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa OPT yang pertama, yang bertujuan untuk menyelaras dan menetapkan gerak kerja pembangunan Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan OPT secara komprehensif.

Hasil daripada mesyuarat ini juga, satu pelan pembangunan OPT yang komprehensif bakal diwujudkan sebagai dasar dan panduan dalam membangunkan produk berasaskan batang sawit pada masa depan, terutama dalam sektor perabot, kayu panel dan kayu berasaskan batang sawit.

Dengan adanya struktur organisasi serta pelan pembangunan OPT yang holistik, Mah berkata, kerjasama semua pihak akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan OPT sebagai sumber bahan mentah baharu.

“Pada masa ini, industri perkayuan berdepan dengan isu kekurangan bekalan bahan mentah memandangkan sumber dari hutan semula jadi bagi pengeluaran kayu semakin berkurangan.

“Selain itu, kayu getah bergergaji (KGB) yang merupakan 80 peratus bahan mentah kegunaan industri perabot juga semakin berkurangan. Adalah dianggarkan sebanyak 850,000 meter padu KGB diperlukan setahun bagi industri hiliran,” katanya.

Berdasarkan keluasan tanaman semula sawit sebanyak 84,000 hektar setahun, beliau berkata, bekalan OPT yang berpotensi dihasilkan adalah sebanyak 19 juta meter padu setahun.

Bekalan OPT ini boleh dijadikan bahan mentah kepada produk perkayuan seperti papan lapis, perabot, kayu bergergaji dan sebagainya.

Potensi yang boleh dijana dari penghasilan produk kayu berasaskan OPT ini dijangka bernilai RM1 bilion hingga RM2 bilion setahun, tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

16/09/2018
0

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd