• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Guna Model Tender MRT Untuk Projek Ikonik

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengguna pakai model pemberian tender Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang dalam penganugerahan tender projek ikonik negara pada masa akan datang.

Beliau berkata projek-projek besar harus dinilai secara profesional dari segi kos dan teknikal menggunakan model tersebut.

“MRT telah disiapkan dengan jayanya mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan tanpa masalah serta skandal,” katanya ketika merasmikan kompleks baharu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan kompleks agensi antirasuah terbesar di dunia, di sini hari ini.

Menghuraikan kaedah pemberian tender MRT itu, Najib berkata jawatankuasa tender yang dipengerusikan beliau tidak mengetahui nama syarikat yang membida kerana pembida diberi kod seperti PT1, PT2 atau PT3.

Katanya beliau hanya mengetahui syarikat yang dianugerahi tender itu menerusi surat yang diserahkan kepada beliau kemudian.

Najib menegaskan bahawa projek-projek besar kerajaan bukan sahaja perlu bebas daripada rasuah tetapi juga berkualiti.

“Pastikan apabila kita memberi kontrak, ia bukan sahaja tiada masalah rasuah tetapi jika teknikal terlalu rendah juga akan timbul pelbagai masalah dan projek itu akan gagal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakMRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd