• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Maut: Pemandu Lori Direman 3 Hari

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa sepasang suami isteri di KM270.3 Lebuhraya Utara Selatan, Jumaat lepas, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban Emysuriana Muhammad Subry di Mahkamah Khas Reman.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata pemandu lori terbabit yang berusia 59 tahun telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, kira-kira pukul 4.30 petang, semalam.

“OKS (Orang Kena Saman) dibawa ke Mahkamah pada 12 tengah hari tadi dan direman selama tiga hari sehingga Selasa bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kemalangan itu membabitkan empat kenderaan pada 5.30 petang, Jumaat lepas berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, mengorbankan nyawa Lau Lian Huat, 62, dan isteri, Lim Ah Gim, 60 tahun.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler tanpa muatan menghala ke utara, hilang kawalan akibat satu tayar hadapan meletup sebelum terbabas dan lalu terlanggar pembahagi lebuh raya.

Treler itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

Pemandu treler itu tidak dapat dikesan di tempat kejadian selepas kemalangan itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd