• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Dukacita Atas Pemergian Tan Sri Yeoh

oleh AK-47
20/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas Kumpulan YTL, Tan Sri Yeoh Tiong Lay meninggal pada usia 88 tahun, hari ini.

Ahli keluarga mendiang dalam kenyataan berkata, mereka bersedia menerima kunjungan saudara dan rakan yang ingin memberikan penghormatan terakhir bermula jam 7 malam esok di alamat No 2 Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, perhimpunan ahli keluarga dan kenalan juga akan diadakan pada Khamis, Jumaat dan Sabtu pada jam 8.30 malam.

Pengebumian pula akan diadakan pada Ahad bermula jam 10 pagi dan kemudian bertolak ke Nilai Memorial Park pada jam 12 tengah hari.

Ahli keluarga mendiang turut menzahirkan dukacita di atas pemergian bilionair itu.

“Kami sangat sedih dengan kehilangan ketua keluarga kami, Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay, tetapi akur bahawa dia kembali ke pangkuan pencipta.

“Kami adalah generasi keempat yang mempunyai keistimewaan merasai kehadirannya selama 88 tahun dan dia benar-benar akan dirindui,” kata ahli keluarganya dalam kenyataan itu.

Yeoh mengasaskan YTL pada 1955 sebagai syarikat pembinaan kecil. Syarikat itu menjadi konglomerat terbesar Malaysia dengan menjalankan perniagaan merangkumi teknologi, hotel, utiliti, pembinaan dan pengurusan harta.

Menurut Forbes, Tiong Lay mempunyai harta bersih berjumlah AS$2bil (RM8.2 bilion) menjadikannya ketujuh terkaya di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kematianyeoh tiong layYTL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Meriahkan Sambutan Deepavali Di Batu Caves

Next Post

Bellew Letak Jawatan, Khazanah Jadi Punca?

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

Next Post

Bellew Letak Jawatan, Khazanah Jadi Punca?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd