• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Pencarian Lelaki Hilang Diperluaskan

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) lelaki berusia 69 tahun yang dikhuatiri hilang di Hutan Simpan Lebir, Aring 8, Gua Musang sejak semalam menemui jalan buntu apabila tiada sebarang petunjuk diperoleh sehingga 6 petang tadi.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Lau See, hilang selepas meninjau kawasan hutan itu untuk untuk kerja mengukur sempadan.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Gua Musang, Anuar Abas berkata, operasi SAR mangsa dijalankan selama lapan jam sejak 10 pagi tadi.

Katanya, seramai 15 anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis terbabit dalam operasi terbabit.

“Kita menjalankan operasi di sekitar kawasan yang ditinjau mangsa namun tidak menemui petunjuk sebelum operasi dihentikan 6 petang tadi.

“Dua Orang Asli yang bersama mangsa sebelum kejadian turut dibawa untuk menunjukkan lokasi kejadian.

“Esok kita akan perluaskan lagi pencarian di kawasan sekitar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, mangsa memasuki hutan itu bersama dua penduduk Orang Asli dengan pacuan empat roda untuk meninjau kawasan terbabit.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, dua penduduk Orang Asli dan mangsa berpecah untuk meninjau kawasan itu.

Dua Orang Asli itu kemudian kembali semula ke kenderaan yang ditinggalkan sejauh 3 kilometer, namun mangsa tiada.

Selepas usaha mencari gagal Orang Asli terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Paloh. – Harian Metro

Tags: kes hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Pekerja Resort Di Pulau Tenggol Dikhuatiri Hilang Di Laut

01/08/2019
0

DUNGUN - Tiga pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol dekat sini dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki gagal tiba...

Menteri Digesa Teruskan Pencarian Wira ATM

29/07/2019
0

1. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kehilangan dua orang anggota tentera yang sedang melakukan latihan ketenteraan, Koperal David Edmund Rapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd