• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki ‘Putih’ 3 Hari Berdiri Dalam Telaga

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHENNAI (India) – Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun yang terjatuh ke dalam telaga terbiar sedalam 15 meter di Tiruttani, terpaksa berdiri selama tiga hari di dalam air cetek perigi itu sebelum diselamatkan.

Rangarajulu yang menjual pisau sebagai mata pencariannya, hanya mampu menangis malah hilang suara kerana pada awalnya cuba menjerit untuk menarik perhatian.

Selepas tiga hari berendam dalam air berkenaan, kulit kakinya menjadi pucat.

Bomba bergelut selama hampir sejam untuk membersihkan tumbuhan tebal di sekitar telaga itu sebelum menghantar dua anggotanya turun untuk menarik mangsa keluar.

Rangarajulu segera dibawa ke hospital kerajaan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di mana dia masih berada di bawah pemerhatian.

“Saya kehilangan suara kerana kurang tidur dan tiada makanan. Saya cuma minum sedikit air telaga yang dipenuhi lumut dan daun mati untuk terus hidup,” kata Rangarajulu.

Menurutnya, dia terjatuh dalam perigi pada 26 September lalu, ketika menjaja pisaunya selepas masuk ke kawasan itu untuk membuang air besar sebelum terjatuh ke dalamnya.

Apabila dia tidak pulang ke rumah, ahli keluarganya pergi mencarinya sebelum membuat laporan polis.

Nasibnya hanya diketahui apabila pemilik tanah tempat perigi itu, Krishna Babu, mendengar tangisannya dan pergi menyiasat bersama keluarganya.

Babu berkata, dia menyangka bunyi tangisan itu anak kucing dan dia sekeluarga terkejut apabila melihat seorang lelaki tua menangis merayu diselamatkan. – Agensi/myMetro Online

Tags: perigiwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd