• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Teliti Baki Kontrak Pemain Muda – Bibi

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menyemak baki tempoh kontrak pemain muda Kelantan yang kini diintai beberapa kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata perkara itu penting untuk diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang proses perbincangan dan keputusan diambil.

“Kami telah melakukan perjumpaan secara bersemuka dengan beberapa pemain terbabit untuk mendengar hala tuju serta masalah yang dihadapi mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa bintang muda Kelantan yang beraksi cemerlang dalam skuad The President Warrior (TPW) dan The Red Warriors (TRW) musim ini menarik perhatian beberapa persatuan yang akan bersaing dalam Liga Super 2018.

Antara pemain yang cuba dipancing ialah Mohammad Qayyum Marjoni Sabil, Ahmad Syihan Azmi Mohamed, Mohd Faris Shah Rosli, Nik Azli Nik Alias dan Mohd Daniel Asyraf Abdullah.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata KAFA tidak akan menyekat kebebasan pemain mereka untuk berhijrah jika mereka mendapat tawaran lumayan daripada persatuan lain.

“Namun buat masa ini, saya berharap pemain yang menerima tawaran beraksi dengan persatuan lain dapat memberi fokus terhadap perlawanan terakhir Liga Super menentang Melaka United pada 28 Okt depan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Walaupun mereka mendapat tawaran, namun perjuangan serta tanggungjawab mereka dengan Kelantan masih belum berakhir,” katanya. – BERNAMA

Tags: KAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemergian Bellew Tidak Jejas Agenda Transformasi MAS

Next Post

Ariffin Kassim Sokong SPRM Tangani Rasuah

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Ariffin Kassim Sokong SPRM Tangani Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd