• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jutaan Rakyat Jepun Keluar Mengundi Hari Ini

oleh Ahmad Albab
22/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Jutaan rakyat Jepun mengundi berlatarkan ribut kencang hari ini bermula jam 7 pagi waktu tempatan bagi menyempurnakan proses pilihan raya umum negara berkenaan.

Perdana Menteri Shinzo Abe dijangka tidak berdepan kesukaran mengekalkan kedudukan bagi menerima mandat pentadbiran untuk penggal akan datang.

Kemenangan terbabit akan membolehkan beliau meneruskan objektif terdahulu untuk memulihkan kedudukan ekonomi ketiga terbesar dunia itu dan meneruskan dasar menentang ketaksuban Korea Utara terhadap senjata nuklear.

Jika ramalan awal tepat, gabungan pakatan konservatif Abe bakal menerima kemenangan besar sekali gus mengukuhkan persahabatan mereka bersama Amerika Syarikat (AS) dan kedudukan sebagai kuasa ekonomi Asia.

Penganalisis berkata, purata keluar mengundi yang rendah akan memberi manfaat besar kepada Abe berikutan komitmen tinggi penyokong konservatif dalam melaksanakan proses pengundian.

Hujan renyai berterusan sepanjang tempoh berkempen ternyata tidak mematahkan semangat jentera pilihan raya yang dilihat menggunakan bas mini untuk membuat pengumuman kepada orang ramai dan mengingatkan mereka supaya melaksanakan kewajipan itu.

Abe membuat kejutan apabila mengisytiharkan pilihan raya setahun lebih awal daripada jangkaan dan menggesa pengundi kekal bersamanya bagi menghadapi detik yang disifatkan sebagai ‘krisis nasional’ susulan ketegangan bersama Korea Utara serta kedudukan Jepun sebagai negara tua. – AFP/BH ONLINE

Tags: jepunPilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

DUN Perlis: Speaker Minta Pilihan Raya Diadakan

25/12/2025
0

KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd