• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Terjun Kebangsaan Didakwa Rogol Atlet

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih pasukan terjun kebangsaan, Huang Qiang, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang atlet terjun kebangsaan wanita berusia 20 tahun di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil, September lalu.

Tertuduh berusia 35 tahun yang berkemeja-T lengan pendek berkolar berwarna merah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Huang yang berasal dari China dan telah mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia didakwa merogol mangsa di dalam gim kering, Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Sri Petaling, Cheras, di sini pada 5.30 petang, 26 September lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni tidak menawarkan sebarang wang jaminan dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk hubungan tertuduh dengan mangsa iaitu tertuduh merupakan jurulatih kepada mangsa.

“Kes ini juga melibatkan saksi yang merupakan atlet-atlet yang dilatih tertuduh yang akan menyebabkan ada risiko gangguan terhadap saksi pendakwaan terutama mangsa.

“Tertuduh telah diberi kerakyatan Malaysia namun pada asalnya tertuduh adalah warga China dan mempunyai ahli keluarga di China, ada risiko untuk dia meninggalkan negara ini,” katanya.

Huang Qiang

Bagaimanapun Hafizza berkata sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin warga Malaysia berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi, tidak berada dalam lingkungan kawasan latihan Bukit Jalil, perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Peguam Mohd Hisham Md Nen memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh mempunyai dua anak berusia enam tahun dan setahun empat bulan selain anak guamnya bersedia dengan sebarang syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.

Sementara itu peguam pemerhati bagi pihak mangsa, Cheow Wee memohon mahkamah menetapkan syarat supaya tertuduh tidak menghubungi dan mendekati mangsa serta syarat kepada pihak media supaya tidak mendedahkan nama mangsa kerana mangsa kini sedang dilatih untuk Sukan Olimpik bersama pasukan elit.

Hakim Wan Mohd Norisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan pada 1 dan 16 haribulan, dilarang mengganggu, menghubungi serta mengugut mangsa dan lain-lain saksi pendakwaan.

“Sekiranya mendapat laporan (melanggar syarat) daripada mangsa dan mana-mana saksi, jaminan akan ditarik balik. Arahan juga pada pihak media untuk tidak mendedahkan nama mangsa yang akan bertanding dalam sukan Olimpik,” kata hakim yang menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes.

Pada 2 Oktober lalu, tertuduh ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, sekitar 12.30 tengah hari selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa pada 29 September.

Terdahulu dua individu iaitu seorang wanita muda dan seorang lelaki berusia dipercayai anggota keluarga tertuduh turut hadir pada prosiding hari ini.

Tertuduh yang bersahaja kelihatan tersenyum, melambai dan mengangguk kepala ke arah kedua-dua individu itu sebaik dia dibawa masuk ke kandang tertuduh di bilik bicara. – BERNAMA

Tags: Atlet TerjunJurulatih negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hafiz Hamidun Pula Nafi Pernah ‘Sentuh’ Joy?

Next Post

Chalet Chongkak Park And Resort Ditutup Sebulan

Related Posts

Jurulatih China Bebas Sekali Lagi Tuduhan Rogol Atlet

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan Huang Qiang, sekali lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini,...

Jangan Ungkit Lagi Isu Penerjun – Azim

22/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang dijadualkan bermula 18 Ogos hingga 2 Sept ini,...

Next Post

Chalet Chongkak Park And Resort Ditutup Sebulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd