• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKJR Kedah Agih 300 Topi Keledar Percuma

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah mengambil telah mengagihkan 300 unit topi keledar secara percuma kepada penunggang dan pembonceng motosikal di negeri ini sejak Januari lalu hingga sekarang.

Pengarahnya Chan Kei Hong (She) berkata pengagihan itu bagi menggantikan topi keledar lama yang tidak selamat lagi digunakan oleh mereka selain topi keledar yang tidak menepati syarat SIRIM menyebabkan mereka terdedah kepada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

“Jumlah 300 unit berkurangan berbanding 450 unit yang kami agihkan dalam tempoh sama tahun lepas kerana kita dapati penunggang dan pembonceng motosikal mula sedar tentang kepentingan memakai topi keledar yang mengikut spesifikasi yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di hadapan Stadium Darul Aman di sini hari ini yang turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Kedah sempena perayaan Deepavali.

Selain itu, Chan berkata JKJR juga sentiasa menjalankan program advokasi dalam usaha memberikan kesedaran kepada penunggang dan pembonceng motosikal tentang kepentingan menjaga keselamatan termasuk keperluan memakai topi keledar.

Dalam pada itu, Chan mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu kenderaan mahupun menunggang motosikal bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini. – BERNAMA

Tags: JKJR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekang Berita Palsu Bagi Lindungi Keharmonian Negara

Next Post

AKSEM Kelantan Rampas Rokok Seludup RM1.1 Juta

Related Posts

Pastikan Jarak Selamat Di Belakang Kenderaan Berat

13/02/2018
0

ALOR SETAR - Pengguna jalan raya diingatkan supaya menjaga jarak yang selamat semasa memandu, terutamanya di belakang kenderaan berat bagi...

Sejuta Kenderaan Masuk Kelantan Sempena Aidilfitri

22/06/2017
0

GUA MUSANG -  Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan menganggarkan lebih sejuta kenderaan akan memasuki negeri ini berikutan kepulangan perantau...

Next Post

AKSEM Kelantan Rampas Rokok Seludup RM1.1 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd