• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beban Murid Dengan Buku Kerja, Latihan

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah memadai, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ini kerana selain buku teks, murid kini turut dibebani dengan penggunaan seperti buku kerja dan buku latihan yang terpaksa juga dibeli dari luar.

“Ada murid yang bawa 10 kilogram buku ke sekolah. Kita jangan bagi terlampau banyak beban kepada murid. Buku teks sudah ada, namun ia ditambah dengan buku kerja, buku latihan sehingga terlampau banyak,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaa Sultan Sulaiman di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon bahawa terdapat sekolah yang mengingkari pekeliling mengenai penggunaan buku kerja di sekolah rendah yang sekali gus menyebabkan bebanan kepada murid.

Mahadzir berkata dalam usia antara tujuh hingga 12 tahun, murid perlu diberi peluang untuk merasai keseronokan alam persekolahan dan tidak terlalu diberi penekanan akademik semata-mata.

“Tapi masalahnya sekarang ini, kita terlampau tekan nak bagi semua ilmu kepada murid-murid. Padat, boleh meletup (tekanan kepada murid-murid),” katanya.

Beliau berkata beliau telah meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan berat beban buku yang dibawa murid yang mendapati memang terdapat murid membawa beban buku yang berat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd