• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Dusun Durian Tempat Tarikan Pelancong

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Dusun durian yang ditambah baik berpotensi menjadi pusat tarikan yang menawarkan pengalaman menarik untuk makan durian di dusun kepada pelancong tempatan dan luar negara, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata durian merupakan salah satu tarikan bagi pelancong luar negara khususnya dari China untuk melawat negara ini.

“Ada pelancong China masuk ke negara ini hanya untuk menikmati durian. Mereka sanggup terbang dari China ke Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pengalaman makan durian segar di dusun dikelilingi suasana kampung akan memberikan pengalaman unik dan berharga kepada para penggemar durian,” katanya kepada pemberita di FAMA KLIA di sini pada program pelepasan hantaran Musang King sejuk beku melalui udara ke Guangxi, China hari ini.

Penghantaran durian itu adalah bersempena Durian Festival Nanning 2017 yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Nov.

Selain durian, pemilik dusun juga boleh memperkenalkan buah-buahan lain kepada pelancong asing seperti manggis dan rambutan untuk dinikmati di dusun, katanya.

Badruddin berkata FAMA akan sentiasa berusaha untuk membuka pasaran baharu bagi durian Malaysia dan pihaknya bercadang untuk mempromosi durian ke Korea Selatan dan Kanada selepas China. – BERNAMA

Tags: Dusun DurianTan Sri Badruddin Amiruldin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bom Pesta Arak: 3 Termasuk Pelajar Sekolah Ditahan

Next Post

Erma Sunting Joyah Vegas Dalam Mak Cun

Related Posts

Faktor Bekalan Punca Fama Tak Eksport Harumanis

05/04/2018
0

KANGAR - Mempelam harumanis sentiasa mendapat permintaan tinggi di luar negara pada setiap promosi yang dibuat namun faktor bekalan yang...

FAMA Nafi Harga Ikan, Sayur Naik Sehingga 300%

22/11/2017
0

ALOR SETAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa berlaku kenaikan sehingga 300...

Next Post

Erma Sunting Joyah Vegas Dalam Mak Cun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd