• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Cium: Janna Nick Tidak Layan Gosip Murah

oleh
08/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANNA Nick, nama yang tak asing lagi daripada industri hiburan masa kini. Kontroversi ‘bercium’ dengan hero pujaan Malaya, Fattah Amin juga turut memberi kesan kepada kariernya.

Gadis manis kelahiran negeri jelapang padi, Kedah ini bakal muncul dengan drama baharu bertajuk Dia yang bakal ditayangkan pada 14 Oktober ini.

Ketika ditemui Media Hiburan ketika majlis pelancaran drama itu bertempat di One Utama, Janna menjelaskan mengenai scene tersebut. Ia bukan bertujuan bagi menunjukkan rasa kegersangan, tapi lebih kepada babak komedi.

“Rakaman video diambil pada jarak jauh dan secara tak langsung menampakkan kami bercium. Tapi kalau dari suduh kamera sebenar, kami sebenarnya berdiri dengan jarak lebih kurang 10 sentimeter.

“Kami langsung tak bercium langsung. Coffee Prince sebenarnya menceritakan seorang ‘lelaki’ yang menyukai seorang lelaki lain dan watak ‘lelaki’ itu dilakonkan saya sendiri,” katanya dipetik Media Hiburan.

Bagi Janna sendiri, dia tidak akan pernah melakukan perkara yang boleh merosakkan namanya sendiri. Tambah Janna lagi, dia tidak mahu ulas panjang mengenai isu itu kerana Coffee Prince masih belum ditayangkan lagi di kaca tv.

Walaupun isu itu timbul kerana silap rakan baiknya sendiri, Fara Mendoza, Janna langsung tidak menyalahkan rakannya itu. Malah dia menolak andaian netizen kononnya Fara berbuat demikian kerana ingin menjatuhkannya.

“Kami tak tahu waktu dia upload, tapi kami tak minta dia padam Instastory tu sebab tak sangkanakan viral (tular) macam ni.

“Bagi saya kalau Fara nak menjatuhkan saya, ada banyak lagi video yang boleh dia muat naik. Saya bukan pelakon yang suka kontroversi macam ni, ” tambah pelakon muda berumur 22 tahun itu.

Dalam usia yang masih lagi muda ini, Janna lebih pentingkan kerja dan dia tidak mahu ‘menjual’ kontroversi murahan.

Selagi dia menjaga etika, sikap serta disiplin dalam kerjaya, dia tidak mahu ambil pusing dengan kontroversi lain yang terpalit dengan dirinya.

Apa yang lucunya adalah apabila Janna menolak sekerasnya mengenai isu ‘bercinta di set’ yang selalu dikaitkan dengan Fattah. Garang betul Janna bab ni kan.

“Kalau sebelum ni Fattah selalu dikaitkan dengan heroinnya, saya nak buktikan bahawa saya adalah orang pertama yang  berlakon dengan dia tapi tak bercinta dengan Fattah, “ujarnya sambil ketawa.

Bagaimanapun aktres ini turut mengakui bahawa senang bekerjasama dengan hero drama popular Pencuri Hati Mr. Pilot itu.

Harapnya lepas ni dah tak ada lah gosip mengenai artis disebabkan kesilapan orang lain. Akibat kesilapan orang lain, orang yang tak bersalah pula yang terkena. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Janna Nick
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd